Saturday, May 21, 2011

Wednesday, April 27, 2011

‘Lelaki Y’ adalah Anwar, kata pendakwa

.Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 25 April - Profil DNA “Lelaki Y” yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar (gambar) ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA “Lelaki Y”.

“Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Datuk Seri Anwar. Ini menunjukkan ada kes prima facie,” katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini.

Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika tuala,berus gigi dan botol air mineral diambil.

Ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon dan Supt Amidon Anan dipanggil sebelum ini untuk mengenal pasti barang-barang berkenaan yang ditanda sebagai bahan bukti.

Pihak pendakwa dalam kes liwat Anwar ini mengemukakan beberapa eksibit bagi mendedahkan identiti “lelaki Y” melalui profil DNA, yang air maninya ditemui dalam dubur Saiful.

Sebelum ini, ahli kimia Nor Aidora Saedon memberitahu mahkamah bahawa profil DNA yang diperoleh daripada berus gigi, tuala dan botol air mineral itu sepadan dengan profil DNA “lelaki Y”.

Anwar, 63, yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dalam mengetepikan serangan pembela yang mempertikaikan kredibiliti Saiful sebagai saksi utama kes ini, Yusof, Peguam Cara Negara II, yang mengetuai pendakwaan memberitahu bahawa Saiful adalah seorang saksi yang jujur, tegas dan berwibawa.

Katanya, keterangan Saiful menyediakan analogi lengkap berkenaan apa yang berlaku pada petang 26 Jun 2008.

Peguam-peguam Anwar berhujah bahawa kegagalan Saiful untuk meninggalkan kawasan itu menunjukkan saksi berkenaan berbohong yang dia diliwat tanpa kerelaan ataupun perbuatan itu benar-benar berlaku.

“Kegagalan untuk Saiful lari dari lokasi kejadian liwat tidak bermakna kesalahan itu tidak berlaku. Keterangan terbukti condong ke atas tertuduh,” katanya.

“Saiful pergi (ke tempat kejadian) bagi tujuan yang tidak dipertikaian oleh pembela,” kata Yusof yang merujuk kepada kehadiran Saiful adalah untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar.

Kata beliau, ada tanda-tanda bahawa Saiful merupakan mangsa jenayah seksual memandangkan dia diberi “layanan istimewa” oleh Anwar.

“Adalah selamat bagi mahkamah untuk bertindak berdasarkan bukti itu sendiri,” katanya lagi.

Yusof juga berkata, berdasarkan bukti diberikan oleh Saiful, persoalan mengenai bagaimana pelincir KY Jelly digunakan ketika liwat telah dijelaskan dengan terang.

Kata beliau, ia konsisten dengan situasi ketiadaan kecederaan pada dubur Saiful dan tiada paksaan oleh Anwar.

Perbicaraan akan disambung esok di mana Yusof akan menyambung penggulungannya.
.

Tuesday, March 29, 2011

hayati betul2 lagu Seloka Malang Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin
Sudah dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
Aduhai! Malang Pak Kaduk..

lihatt larr kengkwn ape yg terjadi pada ngri SELANGORR sekarangg.............
jomm kita SELAMAT SELANGOR DARUL EHSAN (SSDE)........

Video seks: Pemimpin agama jangan jadi ‘syaitan bisu’, kata Hadi

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

SHAH ALAM, 29 Mac — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.
Walaupun tidak ditujukan secara jelas terhadap siapa pemimpin agama itu, namun ia dilihat menjurus kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini banyak memberikan pendapat atau komen menyentuh PAS.
“Di mana kalangan yang suka bercakap selama ini, jangan jadi syaitan bisu... yang diarahkan untuk berkata yang benar tapi tidak lakukan adalah syaitan bisu,” kata Hadi lagi.
Semalam, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu.
Presidennya Rev. Dr Thomas Philips berkata, perkembangan itu meletakkan negara pada peta atas sebab-sebab yang tidak diundang.
Malah kata beliau, ia juga satu perkembangan menjijikkan dan tidak dapat menerima yang rakyat dihiburkan dengan naratif grafik berhubung video seks 21 minit, didedahkan oleh tiga pihak yang menggunakan nama “Datuk T”.
“Jangan anggap kezaliman adalah kekuatan kepada seluruh kerajaan, kezaliman yang berlaku merendahkan kerajaan, menunjukkan kelemahan dan kerajaan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus berkuasa.
“Jadi sebagai rakyat kita diwajibkan untuk tidak terlibat dengan kerja-kerja mungkar ini, percayalah pemimpin Barisan Nasional (BN) . . . kamu tidak akan kekal buat selama-lamanya . . . percayalah fitnah dan kezaliman yang kamu lakukan ini adalah tanda bahawa perubahan akan berlaku,” kata Hadi ketika menyampaikan ceramah selepas program solat hajat dan Pidato Khas ‘Menangkis Fitnah Jahat’ di Stadium Melawati di sini malam tadi.
Awal minggu lalu, negara dikejutkan dengan tindakan “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang, didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat, dengan pelacur dari China.
Tiga “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.
Menurut Hadi, pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu disifatkan beliau sebagai “permainan politik” kotor dan bertentangan dengan ajaran Islam.
“Kita sedang mengalami satu peristiwa permainan yang sangat kotor bukan sahaja mengikut ajaran Islam bahkan ia bercanggah dengan amalan demokrasi yang diamalkan manusia sejagat.
“Kita sedang mengalami satu kecelaruan yang amat menakutkan di seluruh dunia dan apa yang berlaku ini wajib untuk kita lakukan perubahan,” katanya.
Kata Ahli Parlimen Marang ini, mengikut undang-undang Islam mana-mana individu dituduh terlibat dalam satu perkara termasuk zina tidak boleh dianggap sebagai pesalah selagi ia tidak dibuktikan di mahkamah.
“Orang yang dituduh dianggap tak bersalah selagi tak dibuktikan dan sebarang tuduhan yang dibuat dalam negara bertamadun hendaklah melalui proses mahkamah dan keadilan, bukan melalui media atau perbualan masyarakat.
“Mengikut kaedah perundangan Islam atau hudud yang berkait dengan isu moral dan sebagainya ia akan ditolak jika berlaku kekeliruan dan ia dibuat di mahkamah bukannya orang lain,” katanya.
Tambah Hadi, kerajaan persekutuan sepatutnya mengambil sikap yang telus dan adil bagi membawa individu yang terlibat ke muka keadilan dan tidak sesekali berkompromi dalam perkara yang menyalahi undang-undang.
“Sepatutnya pihak berkenaan ambil tindakan, siasat siapa jurukamera, pelakon, penerbit dan pengedar . . . orang ini yang perlu disiasat.
“Jika kerajaan bertanggungjawab, maka kerajaan tidak akan terlibat dengan kemungkaran ini yang mana rakyat wajib mencegah kemungkaran daripada berlaku.
“Marilah kita melakukan perubahan supaya tidak ditimpa bencana,” katanya.
Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.
Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.

Monday, March 28, 2011

ISU KALIMAH ALLAH DI DALAM BIBLE BAHASA MALAYSIA: PANDANGAN SEORANG PENSYARAH ISLAM DAN SEORANG BLOGGER BUKAN ISLAM

ISU KALIMAH ALLAH DI DALAM BIBLE BAHASA MALAYSIA: PANDANGAN SEORANG PENSYARAH ISLAM DAN SEORANG BLOGGER BUKAN ISLAM
Semakin hangat nampaknya isu keputusan lisan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lian, yang membenarkan akhbar Katolik "Herald" menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Sehingga kini, sudah lebih dari 30 blogger (mungkin lebih dari itu sekarang) telah menulis tentang isu ini, yang menampakkan berbagai reaksi, dari penggunaan hujah yang bernas kepada menuntut jihad fisabilillah. Jika pembaca layari direktori blog seperti Penggabung Suara dan Spot The Bloggers, sebilangan besar tulisan bertumpu kepada isu ini.

Saya tidak berhasrat mengulangi hujah-hujah para blogger yang didapati baik dan bernas, walau pun ada yang menunjukkan emosi (mana tidaknya kerana ia menyentuh sensiviti umat Islam di negara ini yang majoriti penduduknya adalah orang Islam dan agama Islam mempunyai kedudukan istimewa dalam Perlembagaan). Saya hanya mahu memetik pandangan Penolong Profesor di Kulliyyah Undang-Undang UIA, Dr Shamrahayu Abd Aziz, mengenai isu ini, yang saya jumpai di blog Penghuni Gua:
Di bawah adalah petikan pandangan saya yang disiarkan dalam rencana Utusan Malaysia pada 04.02.2009 untuk dikongsi bersama pembaca blog Tuan."....Realiti mengenai peri penting kestabilan sosial, terutamanya dalam perkara berkaitan agama ini harus ditanam dalam fikrah setiap ahli masyarakat.
Daripada segi undang-undang, Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai agama bagi negara ini di dalam peruntukan Perkara 3(1). Perkara itu turut menjamin kedudukan agama lain dengan formula " aman dan damai". " Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".
Formula " aman dan damai" ini belum pernah ditafsir oleh mahkamah. Namun, daripada segi amalan, agama selain Islam tidak boleh diamalkan sekiranya ia mengganggu dan menggugat keadaan " aman dan damai" masyarakat negara ini. Bahagian kedua Perkara 3(1) ini juga memberi pengertian bahawa, keharmonian dan toleransi antara agama perlu dititikberatkan supaya tidak menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Oleh itu, penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic boleh ditafsirkan sebagai menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Ia juga boleh mencemar formula " aman dan damai" yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Merujuk kepada isu penggunaan perkataan 'Allah', kita perlu melihat aspek baik dan buruk hubungan antara penganut agama dalam formula " aman dan damai" itu. Undang-undang, pada banyak ketika, tidak dapat menjadi penyelesaian kepada semua masalah terutama yang melibatkan emosi atau sensitiviti.
Contoh yang mudah, adakah kebenaran mahkamah untuk membenarkan suami berkahwin dengan isteri kedua dapat mengubat atau menjadi penawar kepada emosi isteri pertama yang amat terluka dengan tindakan suaminya? Paling baik pun, setelah terpaksa menerima keputusan mahkamah tersebut, isteri pertama harus meneruskan hidup bermadu dengan tangisan di dalam hatinya.
Ini dikatakan formula 'rela dalam paksa.' Formula 'rela dalam paksa' ini sudah pasti tidak akan menjamin kebahagiaan akan kekal lama. Begitulah juga gambaran yang dapat dibuat mengenai kesan daripada penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic. Selain Perlembagaan, undang-undang mengenai pengharaman penggunaan perkataan-perkataan yang suci dalam agama Islam telah lama wujud di dalam undang-undang di negeri-negeri.
Ia termaktub dalam peruntukan undang-undang berkaitan kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam yang selari dengan peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang ini adalah sebahagian daripada segmen perjanjian sosial antara kaum dan agama sewaktu proses mencapai kemerdekaan. Namun begitu, penguatkuasaan undang-undang tersebut masih belum begitu terserlah.
Undang-undang dan penguatkuasaannya mungkin bukanlah jalan terbaik atau jalan utama untuk menjamin keharmonian antara agama di negara kita, namun mempunyai undang-undang yang lengkap dan penguatkuasaan yang proaktif boleh mengawal selia hubungan baik antara agama. Sesungguhnya, sifat faham-memahami berhubung kepercayaan agama, adat resam dan keperluan setiap golongan masyarakat adalah jalan terbaik untuk mencapai keharmonian di negara ini. Sifat toleransi, seperti yang disebut adalah juga formula yang bergandingan dengan sifat faham-memahami antara satu sama lain. Sifat ini harus wujud dalam setiap jiwa dan raga rakyat."
(Shamrahayu A. Aziz)
UiTM
Jelas pandangan Dr Shamrahayu di atas memberi perspektif yang berbeza dari pandangan-pandangan sebelum ini. Ada dua perkara yang penting dalam pandangan beliau: (a) formula "aman dan damai" dalam penyelesaian masalah hubungan antara agama di negara ini, dan (b) wujudnya undang-undang di negeri-negeri dalam Malaysia yang mengharamkan penggunaan perkataan-perkataan yang suci dalam agama Islam.

Bukan tujuan penulis nak menghina Mahkamah atau Hakim yang membuat keputusan ini, tetapi ia mengundang soalan samada Hakim sedar atau tidak tentang perkara-perkara (a) dan (b) di atas. Tidak mungkin Hakim terlepas pandang sebab beliau seorang yang berilmu tinggi dan berpengalaman tentang undang-undang negara. Namun, sedarkah beliau bahawa keputusannya akan menyentuh sensitiviti orang Islam dengan mendalam? Jika kita ambil pandangan Dr Shamrahayu, tidakkah ia berpotensi menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini serta juga mencemar formula "aman dan damai" yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan?

Bukankah Islam diletak di bawah naungan dan kuasa Agong dan Raja-Raja? Dengan wujud undang-undang negeri yang mengharamkan penggunaan perkataan-perkataan yang suci dalam agama Islam (sudah tentu ini termasuk perkataan Allah), tidakkah keputusan Hakim tidak konsisten dengan undang-undang negeri? Mungkin Perlembagaan Persekutuan mendahului undang-undang negeri dalam isu ini, saya tidak pasti, tetapi bayangkan apakah yang akan berlaku jika negeri-negeri menggunakan kuasanya di bawah undang-undang masing-masing dan bertindak untuk tidak mengikuti keputusan Hakim ini?

Apabila formula "aman dan damai" diguna pakai, sudah tentu ia menyentuh soal akidah di kalangan penganut-penganut berbagai agama di negara ini. Bagi orang Islam, wujud potensi atau kebarangkalian bahawa penggunaan Allah dalam Bible versi BM boleh disalah guna oleh mubaligh Kristian untuk memesong akidah orang Islam. Keputusan ini membuka ruang seluas-luas peluang kepada gereja untuk menyebarkan dakyah mereka. Ia juga mewujudkan "precedent" dan membuka ruang kepada penganut Hindu, Buddha, Sikh dan lain-lain agama untuk turut menggunakan Allah dalam terjemahan kitab-kitab mereka ke dalam BM. Semua ini boleh mendatangkan berbagai persepsi atau sangkaan di kalangan orang Islam di negara yang seterusnya boleh mencetuskan berbagai reaksi yang tidak diingini.

Sedarkah Hakim akan kemungkinan-kemungkinan di atas semasa membuat keputusan? Sedarkah pihak gereja akan implikasi buruk dari usahanya? Memandangkan kesan keputusan ini, tidakkah Hakim sepatutnya menutup pintu atau ruang yang boleh disalah gunakan oleh mubaligh Kristian, demi menjaga keharmonian pelbagai kaum dan agama serta sensitiviti umat Islam di negara ini?

Setakat ini sebilangan besar reaksi terhadap isu ini datangnya dari orang Islam. Bagaimana pula reaksi orang bukan Islam? Di sini saya paparkan pandangan yang menarik yang dihasilkan oleh blogger Gopal Raj Kumar (baca di sini).

Mengikut saudara Gopal, keputusan Hakim boleh dianggap keputusan yang provokatif, boleh menimbulkan perbalahan, boleh mengapi-apikan perasaan, dan boleh menimbulkan syak dan curiga (provocative, contentious, inflammatory and suspect).

Selanjutnya, saya petik di bawah ini beberapa hujah beliau:
"Why does the Church seek to only use the word Allah which is both sinister and deceptive when applied particularly to Muslims from rural areas who could very easily be fooled into believing there is a nexus to Islam within the Church through its use of the word Allah? Why not the entire liturgy in Arabic from where the word Allah originates? Or perhaps the language of Malaysians Bahasa Malaysia?"
"What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution. Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist."
"There is a flawed perception that the constitution gives blanket freedoms to religious practices which it clearly does not do. The state always has residual powers in preservation of its sovereignty to amend or ignore."
(Baca tulisan beliau sepenuhnya di sini)

Sunday, March 27, 2011

Puteri Adakan Perhimpunan Wanita 1Malaysia Iktiraf Kejayaan Wanita Muda

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Perhimpunan Wanita 1Malaysia yang direncanakan pada bulan Jun akan datang adalah satu program yang bakal mengiktiraf kejayaan wanita-wanita muda. Program yang akan dijayakan bersama parti-parti komponan Puteri itu juga merupakan langkah bijak mendekati golongan muda bagi meningkatkan jumlah daftar pengundi. “Semasa bermesyuarat dengan semua parti komponan iaitu MCA, MIC, Gerakan dan PPP, perkara ini telah dibincangkan dan semuanya telah bersetuju untuk bergabung menjayakannya. “Saya amat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh parti komponan terhadap program ini. Sasaran kita kelak adalah wanita dari semua sektor baik dari sektor awam ataupun swasta. “Saya juga berhasrat untuk menjadikan program perhimpunan ini sebagai acara tahunan. Sekarang ini, kita sedang merencanakan input untuk program tersebut. Apa yang pasti, program tersebut adalah program yang mampu mendekati wanita golongan muda untuk menambah golongan pengundi muda,” ujarnya. Menurut Rosnah, golongan muda sekarang ini seakan masih mengambil sikap tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku. “Sebab itu kita harus mendekati golongan muda ini mengikut cara zaman mereka. Kita harus mencari formula baru untuk mendapat perhatian mereka dan cara yang sesuai masa kini adalah melalui facebook, twitter dan sebagainya. Pilihan Raya Umum (PRU) semakin dekat. Kita harus bekerja keras. “Di peringkat negeri juga harus lebih kreatif untuk mendekati golongan sasaran ini. Kita harus ingat, mereka adalah nadi kepada pergerakan dan program daftar pengundi harus dikaji kelemahannya dan diperkasa dari semasa ke semasa”, ujarnya. Beliau juga memberitahu akan turun padang ke semua negeri bagi berjumpa dengan semua bahagian bagi memastikan semua jentera sama ada Puteri UMNO mahupun komponen bergerak dengan lancar. “PRU akan datang amat penting untuk kita. Ianya bagi menilai sejauh mana rakyat kembali mempercayai BN dan UMNO selepas tsunami melanda PRU lalu,” ujarnya kepada UMNO-Online

dah xde prasaan malu dahh dorg nie......

Sampai hari ini Anwar masih belum menyaman orang yang kenakan dia dalam vedio Porno . Biasanya untuk melepaskan diri dan mengatakan beliau tidak bersalah , Anwar akan menyebut perkataan saman dahulu. Apa pun kata penyokong Anwar , kata produser film terkenal penerbit filem terkenal, mereka telah mengesahkan bahawa untuk memalsukan video sepanjang 20 minit amatlah mustahil dilakukan.

Oleh itu

cara yang paling mudah untuk membersihkan nama Anwar Ibrahim dan menafikan beliau ialah pelakon utama dalam video seks itu ialah menyuruh isteri dan anak kesayangan bersumpah bahawa Anwar Ibrahim ada bersama-sama mereka dan tidak terlibat ketika waktu video seks itu dirakam.

Kerana ini satu jalan mudah lagi yang Anwar lakukan untuk melepaskan dirinya dengan mengaku bahawa beliau ketika itu berada di rumah. Siapa mahu percaya lagi, Pernah dalam sidang akhbar Wan Azizah apabial bila ditanya mana Anwar sewaktu kejadian menyudu Saifol, Wan Azizah suruh tanya polis kerana gagal menjawab dan Nurul Izzah mencelah mengatakan Anwar bersama mereka di rumah. Anwar pula berkata dia sedang bermusyuarat di kondo sebelah kerana cctv merakamkan beliau berada di kondo waktu Azizah dan Nurul kata ayahnya di rumah.

Terbaru dari MIM,
Kemana anwar selama 2 jam apabila twitternya senyap dari 9.20 hingga 11.38. Ini tlh didedahkan oeh blog Dr Novandry. MIM. Menurut Anwar dia di rumah update. FB tetapi FB nya pula last updated 9.20 mlm dan menjawab semula.baca sini

Isu Penyalahgunaan Kalimah Allah Gereja Kristian Di Malaysia

Baru – baru ini kita telah dikejutkan dengan satu isu yang telah menyebabkan berlakunya suasana yang agak tegang di Malaysia. Seperti kita maklum Mahkamah Persekutuan telah membenarkan pihak Gereja Khatolik untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan mingguan mereka.

Ini telah menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan umat Islam tanah air. Mereka menganggap ia satu bentuk penghinaan. Maka timbullah bantahan – bantahan jalanan dan yang lebih radikal timbul pula golongan ekstremis yang bertindak melampau dengan membakar gereja dan sebagainya.

Selama ini masyarakat Islam dan bangsa Melayu terlalu amat bertoleransi terhadap kepentingan bangsa dan agama lain, selama ini Malaysia berdiri teguh kerana sifat toleransi ini. Namun semenjak kebelakangan ini timbul banyak isu yang mirip provokasi supaya orang Melayu dan Islam bangkit melawan.

Label masyarakat barat terhadap umat Islam sebagai pengganas, agama yang mengajar perang, sedangkan hakikatnya Islam adalah agama yang amat mementingkan kedamaian.

Kita renung kepada waktu pembukaan kota Baitulmaqdis oleh Salahuddin Al-Ayyubi, kita dapat lihat toleransi beliau terhadap semua ahli kitab. Semua ahli kitab bebas menjalankan aktiviti keagamaan masing-masing tanpa sebarang gangguan. Tetapi apa yang berlaku sekarang ? Segala toleransi umat Islam dibalas dengan penindasan penghinaan dan provokasi.

Dari provokasi ini timbul golongan yang tidak boleh hanya sekadar duduk diam, maka muncullah pelbagai organisasi dan kumpulan yang kononnya memperjuangkan umat Islam tanpa mempedulikan implikasinya terhadap maruah dan nama Islam. Akhirnya Islam dilabel sebagai pengganas.

Bagi para pencinta kedamaian, sesungguhnya golongan ekstremis ini tidak dapat disekat selama mana ada penindasan dan provokasi terhadap Agama Islam.

Kita balik ke tanah air, selama ini juga bangsa Melayu dan orang Islam menghormati budaya dan agama bangsa lain. Sebagai orang Melayu dan Islam kami hanya berharap penghormatan yang telah diberikan dan toleransi yang kami tunjukkan dibalas dengan sewajarnya.
Nasihat kami kepada semua orang Melayu dan Islam, jangan termakan provokasi yang dilempar, jangan cepat membantah dan membelakangkan undang-undang. Tunjukkan bahawa Bangsa Melayu dan Umat Islam lebih beradab dan bertamadun daripada mereka yang membalas tuba kepada susu yang kita berikan.

Friday, March 25, 2011

EARTH HOUR

JOM SUPPORT
Malam esok kita semua bergelap selama 1 jam ye..
dari jam 8.30 Malam sehingga 9.30 malam..

Berita Harian Online | Twitter, Facebook dekatkan pemimpin dengan rakyat

Berita Harian Online | Twitter, Facebook dekatkan pemimpin dengan rakyat
Oleh Saufi Hamzah
bhnews@bharian.com.my
2011/03/26

KINI bukan lagi rahsia apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin gemar melayari laman web sosial Facebook dan Twitter.

Kegemaran itu jelas membara kerana beliau teruja menjawab sebarang pertanyaan dan cadangan yang dikemukakan dalam kedua-dua laman sosial berkenaan.
Perdana Menteri adalah seorang daripada jutaan manusia di seluruh dunia terpanggil untuk menyertai rangkaian laman web sosial bagi berhubung dengan orang ramai terutama rakyat Malaysia dengan harapan untuk merapatkan jurang politik antara generasi baru dan lama.
Pada pertemuan program ‘Mari Berjumpa Mari Berhubung’ di bangunan lama Dewan Undangan Negeri di Kuching, baru-baru ini, rakan Facebook beliau menyambut ketibaannya dengan penuh rasa mesra.

Facebook dengan lebih 350 juta pengguna terus meningkat sebagai alat rangkaian sosial yang hebat di seluruh dunia dan sebagai ahli politik berpengalaman, Najib berusaha melayani peminat kerana yakin ia adalah pendekatan paling berkesan untuk berhubung dengan rakyat Malaysia.

Lantaran itu, pemimpin negara digesa menggunakan jaringan sosial terkemuka dunia, Facebook sebagai medan untuk mendekati hati rakyat bagi mengetahui masalah yang dihadapi mereka.

Pengarah Pembangunan Pemasaran Facebook, Randi Zuckerberg, dipetik berkata melalui jaringan sosial itu juga, pemimpin dapat berkomunikasi dengan rakyat, selain mendengar pandangan mereka untuk pembangunan negara.
“Saya amat gembira apabila mendapat tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga adalah pengguna Facebook. Selain beliau (Najib), Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy antara pemimpin yang turut menggunakan Facebook, termasuk bagi menjawab pandangan yang dikemukakan berhubung sesuatu isu,” katanya.

Lebih 3.5 juta rakyat Malaysia meluangkan masa hampir sejam untuk berkomunikasi bersama rakan selain berkongsi pandangan serta berusaha mendapatkan maklumat penting.

Jika Najib sudah menunjukkan contoh kepimpinan yang baik, sampai masanya semua pemimpin termasuk menteri Kabinet menggunakan Facebook dan Twitter untuk mendekati pengundi dan rakyat di tempat mereka.

Oleh itu, sesiapa saja yang bergelar pemimpin atau pun mungkin yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin, harus memikirkan adakah mereka sanggup untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira masa, waktu dan tempat.

Paling penting juga ialah adakah pemimpin zaman sekarang sedar bahawa pelbagai kaedah dan pendekatan boleh digunakan bagi memudahkan mereka mendekati rakyat, menyelami hati mereka dan menyelesaikan segala permasalahan yang dibangkitkan.

Dalam era kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi dewasa ini, pemimpin tidak boleh menafikan manfaat dan faedah laman sosial yang mempengaruhi segenap lapisan umur dan masyarakat.

Sememangnya adalah penting bagi semua pemimpin negara berupaya untuk berhubung dengan rakyat menerusi segala pendekatan yang sesuai.

Tentu sekali perkembangan teknologi dan rangkaian laman sosial menerusi internet, membolehkan generasi muda untuk berhubung dengan pemimpin mereka secara online.

“Sebagai pemimpin negara, saya mesti menggunakan apa saja kaedah yang sesuai dengan zaman ini, jadi saya boleh berhubung dengan orang ramai secara terus,” katanya.

Najib berkata, perjumpaan yang diadakan bersama rakan Facebook itu adalah contoh terbaik memandangkan perhubungan alam maya diterjemahkan kepada secara bersemuka.

Raut wajah beliau begitu ceria dan sentiasa tersenyum apabila berjabat tangan dengan rakan Facebook beliau.

Tidak dinafikan peluang terbaik untuk Perdana Menteri digunakan sepenuhnya kerana secara peribadi Najib mahu berjumpa seberapa ramai orang yang mungkin memandangkan dirinya percaya terhadap perhubungan terus dan online.

Ketulusan hati dan keikhlasan Perdana Menteri terserlah apabila menjawab secara jujur pertanyaan yang dikemukakan hadirin.

Berikutan itu, tidak hairanlah banyak permintaan dibuat menerusi Twitter dan Facebook supaya beliau mengadakan perjumpaan yang sama di negeri lain.

Kira-kira 250 rakan Facebook Najib hadir pada perjumpaan di Kuching, iaitu yang pertama di luar Putrajaya. Dalam perjumpaan pertama, kira-kira 500 orang hadir dan 600 orang hadir pada perjumpaan kedua.

Keprihatinan Perdana Menteri memikat rakan Facebook beliau. Malah beliau melahirkan keyakinan bahawa orang ramai boleh memutuskan apakah bentuk kerajaan yang mereka mahu.

Sehingga ketika dan saat ini, Perdana Menteri begitu gembira kerana mempunyai jumlah rakan laman sosial yang ramai.

Beliau berkata, jumlah orang yang menjadi rakan secara online meningkat dari hari ke hari. Jumlah terkini rakan Facebook Najib kini seramai 590,000 orang dan 90,000 menerusi Twitter.

Beliau sendiri mengemas kini akaun Twitternya pada lewat malam dengan menggunakan iPad. Malah beliau sempat menjenguk kandungan Facebook dan Twitter di antara mesyuarat atau ketika dalam perjalanan.

“Saya boleh pastikan bahawa saya cuba membaca seberapa banyak komen Facebook dan Twitter, jadi saya boleh berhubung dengan belia zaman sekarang,” katanya.

Bagi beliau, komen yang diterima membolehkannya menyelami perasaan golongan itu berkaitan beberapa isu, apakah hala tuju negara dan apakah masalah yang sedang mereka hadapi selain membolehkan orang ramai membuat cadangan yang boleh dipertimbangkan berdasarkan bajet negara.

Malah janji Perdana Menteri untuk memperluaskan program Mari Berjumpa Mari Berhubung sedang digiatkan bagi membolehkan beliau bertukar-tukar fikiran dan lebih kerap bersemuka serta bertemu dengan rakan Facebook dan pengikut Twitternya di seluruh negara.

Secara tidak langsung slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan tampak semakin berakar umbi dalam jiwa dan sanubari rakyat Malaysia yang mahukan rintihan mereka didengar.

Lebih bertuah, semua itu mendapat perhatian terus daripada seorang pemimpin tertinggi negara yang mahukan rakyat yang dipimpinnya mudah berhubung dan tiada tembok pemisah di antara mereka.

Police arrests two suspects over sex video

Video recorded at Jalan Ampang Hilir apartment
AIZAT SHARIF
Friday, March 25th, 2011 15:41:00
KUALA LUMPUR: Police have arrested two suspects in connection to the sex video allegedly featuring a man, said to resemble Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, having sex with a foreign woman.
Royal Malaysian Police (RMP) secretary Datuk Ghazali Md Amin, in a statement emailed earlier today, said one of the suspects disclosed the location where the recording of the video had taken place.

Ghazali added officers from the forensics team have been to the scene to look for evidence.

It was learnt the location of the recording was an apartment located at Jalan Ampang Hilir

While stating both suspects have been released on police bail and further investigations are ongoing, Ghazali did not detail the time the arrests were made, nor the identity of the suspects.

Sources, however, told The Malay Mail the two men were Abdul Rahim and Shazryl.

Tuesday, February 15, 2011

Sepasang adik beradik perempuan ditemui mati

Sepasang adik beradik perempuan ditemui mati di rumah mereka di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, dekat Kajang, malam tadi, selepas dipercayai dipaksa minum racun oleh ibu kandung mereka yang mengalami sakit mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Azman Ayob, berkata ibu mereka, yang turut meminum racun itu, kini dilaporkan dalam keadaan kritikal dan dirawat di Hospital Serdang.

"Dua adik beradik malang itu, S Rashmeka, 4, dan adiknya, S Neeharika Laxami, setahun, serta ibu mereka berusia 30 tahun ditemui di dalam bilik rumah mereka kira-kira pukul 8.30 malam oleh nenek dua beradik itu.

"Nenek mangsa yang curiga selepas mendapati pintu bilik tersebut berkunci dari dalam, terus menghubungi bapa mangsa yang sedang bekerja di sebuah kedai gunting rambut," katanya kepada pemberita di Kajang hari ini.

Azman berkata apabila bapa kanak-kanak itu, yang berusia 33 tahun, memecah pintu bilik tersebut, dia mendapati kedua-dua anak dan isterinya terbaring bergelimpangan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau terus membawa mereka ke klinik berhampiran, dan doktor mengesahkan kedua-dua adik beradik tersebut meninggal dunia, kata Azman.

"Hasil siasatan, kita mendapati ibu kedua kanak-kanak itu pernah menerima rawatan psikatri dan pernah cuba membunuh diri pada 2006," katanya, sambil menjelaskan polis menolak kejadian itu ada unsur jenayah dari pihak luar.

Sementara itu, seorang lelaki tempatan ditemui mati dipercayai membunuh diri di dalam sebuah bilik hotel New City di Kajang, awal pagi tadi.

Azman berkata Chong Yew Heung, 35, ditemui mati oleh seorang pekerja hotel tersebut kira-kira pukul 1.45 pagi selepas terbau asap dari dalam bilik itu dan setelah mengetuk tanpa jawapan, ia terus memecah pintu tersebut.

Pekerja hotel itu mendapati lelaki yang berasal dari Johor itu berada dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri, katanya.

Azman berkata polis percaya Chong membunuh diri dengan membakar arang di dalam bilik hotel itu, serta menutup semua lubang di dalam bilik tersebut dengan pita pelekat yang menyebabkan ia lemas.

Beliau berkata mayat lelaki kemudiannya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

--Bernama

Saturday, February 12, 2011

Selamat Datang ke blog kelip-kelip lavender

Assalamualaikum,Salam 1 Malaysia..

Perjalanan Blogger saya bermula disni..Dengan harapan dapat "share" bersama...
hidup ini umpama roda,
adakalanya kita berada diatas,
dan adakalanya juga kita dibawah..